Samsung Galaxy S10 Lite Mempunyai Spesifikasi Lebih Tinggi Berbanding S10e

Samsung Galaxy S10 Lite Mempunyai Spesifikasi Lebih Tinggi Berbanding S10e

Diterbitkan pada November 1, 2019 oleh .

Ura-ura kewujudan Samsung Galaxy S10 Lite mula didengari sekitar sebulan yang lalu. Pada awalnya ramai meramalkan ia adalah sebuah peranti kelas pertengahan yang tidak akan bersaing secara langsung dengan S10, S10+ dan S10e, Tetapi markah ujian penanda aras untuk S10 Lite telah tertiris memberikan gambaran yang berlainan.

Markah penanda aras ujian Geekbench 5 untuk peranti ini menunjukkan ia dilengkapi pemproses Snapdragon 855 dan memori sebesar 8GB RAM. Ini adalah spesifikasi yang lebih tinggi berbanding model asas S10e yang hanya dilengkapi 6GB RAM. Di Malaysia S10e dilengkapi cip Exynos 9820 dan 6GB RAM.

Tidak diketahui apakah pasaran yang akan menerima S10 Lite buat masa ini. Besar kemungkinan S10 Lite dilancarkan oleh Samsung sebagai pesaing kepada iPhone 11 di dalam segmen peranti mercu premium mampu milik.

Baca – Ulasan Samsung Galaxy S10e – Peranti Android Kompak Yang Gempak


TIPS & ULASAN