Cari @ Amanz

Bahan logam diperlukan dalam jumlah yang banyak dalam menghasilkan kereta. Kereta elektrik yang dikatakan lebih mesra alam masih dihasilkan menggunakan bahan yang tidak mesra alam seperti plastik. Tetapi apakah alternatif kepada bahan logam yang telah digunakan sejak dahulu lagi? Jawapannya mungkin adalah gentiannano selulosa (cellusose nanofiber) dari tumbuh-tumbuhan atau nama singkatannya CNF.

Kementerian Alam Sekitar Jepun telah menghasilkan Nano Cellulose Vehicle dengan kerjasama Kyoto University bagi menunjukkan kebolehan bahan ini dalam industri automotif. Secara keseluruhan 2000 kilogram karbon dapat dikurangkan dengan menggunakan CNF sebagai bahan binaan. Kenderaan juga menjadi 10% lebih ringan.

Selain pada tubuh kenderaan, bahan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan ini juga digunakan pada bahagian dashboard dan panel kemasan dalaman. Dengan CNF kereta akan lebih mudah dikitar semula dan pada masa yang sama ia adalah lima kali ganda lebih kuat berbanding keluli.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd