Cari @ Amanz

Masjidil Aqsa ialah satu dari tiga masjid utama bagi penganut agama Islam. Ganjaran solat di masjid yang telah wujud sejak 705 Masihi ini bersamaan dengan 250 kali solat di masjid biasa. Oleh sebab itu ramai umat Islam sanggup berbelanja besar untuk melawat masjid yang dilawati Rasulullah ketika peristiwa Israk Misraj. Tetapun tuk melawat bukan mudah kerana ia terletak di dalam kawasan yang dikawal oleh kerajaan Israel.

Proses melawat Masjidil Aqsa adalah rumit terutamanya bagi rakyat Malaysia kerana negara kita tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Permohonan mengambil masa beberapa bulan dengan latar belakang pelancong akan disaring dengan ketat. Bagi mereka yang mungkin tidak mampu atau dihalang pergi, aplikasi Palestine VR telah dibangunkan.

Menerusi Palsteine VR pengguna boleh melawat enam kawasan iaitu Baitulmuqaddis, Hebron, Gaza City, Baitul Laham, Ramallah dan Khan Al Ahmar. Aplikasi dibangunkan oleh NGO Palestine Institute for Public Diplomacy selepas dua ahli kongres Islam dari Amerika Syarikat dihalang dari melawat Israel pada bulan Ogos yang lalu. Ia diharap dapat membuka mata dunia terhadap kesukaran yang dialami penduduk Palestin setiap hari di bawah jajahan rejim Zionis. Palestine VR boleh dimuat turun percuma untuk peranti Android dan iOS.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd