Cari @ Amanz

Nokia mungkin nama yang dikenali ramai sebagai jenama peranti bimbit, tetapi ia boleh dikatakan bahawa sebenarnya bisnes terbesar mereka ialah sebagai syarikat pembekal peralatan telekomunikasi yang menguasakan rangkaian-rangkaian di seluruh dunia.

Mereka kini dilihat ingin memasuki pasaran Malaysia dan bersaing sebagai nama pembekal peralatan rangkaian 5G, dimana mereka dikatakan mahu menguji teknologi rangkaian 5G mereka di pelabuhan-pelabuhan di Malaysia.

Ini bukanlah kali pertama Nokia bekerjasama dengan sebuah pelabuhan untuk mengasaskan rangkaian 5G. Sebelum ini, mereka sudahpun bekerjasama dengan Pelabuhan Hamburg di negara Jerman untuk menguji sistem lampu trafik, pemprosesan data daripada pengimbas mudah-alih dan teknologi realiti maya.

Menurut Siva Shanmugam, Pengarah Urusan Nokia Malaysia, syarikat teknologi daripada Finland tersebut ingin menguji lagi teknologi-teknologi tersebut di kawasan-kawasan lain, terutamanya di Malaysia.

Ini boleh dikatakan kerana Selat Melaka dan Laut China Selatan, dua daripada laluan yang paling sibuk di rantau ini mudah diakses daripada Malaysia.

Pelabuhan Klang, pelabuhan yang ke-12 paling sibuk di dunia adalah diantara pelabuhan yang terbaik untuk menguji ciri-ciri terbaru ini, terutamanya di waktu negara ini sedang menjalankan ujian teknologi 5G secara besar-besaran.

Pelan ujian 5G di pelabuhan-pelabuhan tempatan ini juga bukanlah kali pertama Nokia akan bekerjasama dengan syarikat tempatan. Nokia sebelum ini sudahpun menandatangani perjanjian dengan beberapa syarikat telekomunikasi tempatan yang lain, seperti U Mobile.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd