Lorong Keluar Tol PLUS Berhenti Menawarkan Tambah Nilai Touch ‘n Go Bermula 5 November

Lorong Keluar Tol PLUS Berhenti Menawarkan Tambah Nilai Touch ‘n Go Bermula 5 November

Diterbitkan pada November 1, 2019 oleh .

Selama ini sekiranya anda kekurangan dana di dalam kad Touch ‘n Go, anda boleh melakukan tambah nilai di lorong tol. Tetapi bermula 5 November ini, perkhidmatan ini akan dihentikan di lorong keluar tol PLUS seluruh negara, Pengguna PLUS boleh melakukan tambah nilai di lorong masuk sahaja selepas tarikh tersebut,

Tol Touch n Go

Menurut PLUS keputusan ini diambil bagi mengelakkan kesesakan di lorong keluar tol dan bagi memastikan keselamatan pekerja tol. Di antara 2015 hingga 2018, terdapat 81 insiden plaza tol dirempuh oleh kenderaan berat. Bagi yang risau kenderaan mereka tidak mempunyai kredit mencukupi untuk membayar tol, menjelang penghujung 2019 kesemua tol yang dikendalikan PLUS akan menyokong sistem PLUS RFID.

PLUS RFID membolehkan akaun kad kredit, debit dan pelbagai jenis dompet digital dipaut terus untuk melakukan pembayaran tol.


TIPS & ULASAN