Teknologi Segar-Semula Grafik NVIDIA GSYNC Akan Tiba Untuk Televisyen OLED LG – Bermula Dengan Pasaran Amerika Syarikat
LG

Teknologi Segar-Semula Grafik NVIDIA GSYNC Akan Tiba Untuk Televisyen OLED LG – Bermula Dengan Pasaran Amerika Syarikat

Diterbitkan pada November 1, 2019 oleh .

Teknologi segar semula grafik NVIDIA GSYNC ialah sebuah teknologi yang biasanya digunakan oleh paparan-paparan skrin khusus untuk komputer, dimana ia mengurangkan masalah dimana kadar segar semula paparan tidak selari dengan data grafik yang dihantar oleh kad grafik.

Terkini, siri televisyen LG yang dilancarkan pada tahun ini dikatakan akan menerima kemaskini dimana teknologi GSYNC ini, yang kebiasaannya memerlukan cip pemprosesannya sendiri.

Menurut LG, model-model televisyen yang akan menerima kemaskini ini termasuklah LG E9, B9 dan C9, dan pasaran pertama yang akan menerima kemaskini ini ialah Amerika Syarikat.

Ini bukanlah kali pertama NVIDIA mula memperkenalkan sokongan untuk teknologi GSYNC ini kepada paparan yang tidak mempunyai cip tersebut. Sebelum ini mereka telah memperkenalkan teknologi tersebut kepada paparan-paparan yang mempunyai sokongan untuk satu lagi teknologi segar semula paparan, AMD FreeSync.

Walaupun begitu, untuk memanfaatkan ciri ini, pengguna masih perlu memasang sebuah komputer dengan kad grafik NVIDIA GeForce kepada televisyen tersebut sebelum mereka boleh memanfaatkan ciri tersebut.

NVIDIA turut mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan kemaskini ini untuk televisyen-televisyen yang sama di pasaran-pasaran lain menjelang hujung tahun ini.


TIPS & ULASAN