Cari @ Amanz

Perkhidmatan GPS Google Maps boleh dikatakan antara perkhidmatan Google yang sangat popular penggunaannya di serata dunia.

Terkini, pihak Google baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah memperkenalkan ciri Incognito pada perkhidmatan tersebut untuk pengguna yang tidak mahu data perjalanan dan destinasi mereka disimpan melalui profil Google mereka.

Mod Incognito pada mulanya diperkenalkan melalui pelayar web Google Chrome, boleh diklasifikasikan sebagai “mod gelap” dimana semua aktiviti-aktiviti atas talian anda tidak direkod oleh perisian tersebut.

Diantara aktiviti-aktiviti yang tidak akan direkod sewaktu mod ini diaktifkan termasuklah:

  • Menyimpan carian lokasi anda
  • Mengemaskini maklumat perkongsian lokasi
  • Menggunakan data anda untuk menyesuaikan aplikasi Maps

Untuk mengaktifkan ciri ini, pengguna hanya perlu membuka aplikasi Google Maps, menekan pada gambar profil anda, dan mengaktifkan mod Incognito ini dari situ.

Buat masa ini, ciri ini hanya diperkenalkan untuk peranti Android, dan akan diperkenalkan untuk sistem operasi lain tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd