Carian
Basikal X One Menggunakan Android Dan Menyokong Sistem Imbasan Wajah Untuk Beroperasi
November 4, 2019 Effi Saharudin

Semasa di sekolah dahulu kami berbasikal setiap hari. Setibanya di sekolah kami akan memastikan tayar dikunci. Tetapi masalah kecurian masih berlaku dan pelbagai kunci basikal telah dibangunkan. X One ialah basikal elektrik pintar menggunakan pengimbas wajah untuk mengelakkan kecurian

X One menggunakan sistem operasi Android dengan skrin sesentuh pada bahagian tubuh. Kamera pada bahagian skrin digunakan untuk sistem imbasan wajah. Selagi wajah pengguna yang dibenarkan tidak dikesan, X One akan mengunci motor elektrik sekaligus membuatkan basikal tidak boleh digunakan. Dengan sekali caj bateri yang digunakan memberikan jarak operasi sehingga 75km dengan tempoh pengerasan semula dalam masa 4 jam.

Selain sokongan imbasan wajah, skrin LCD pada tubuh basikal ini juga boleh digunakan untuk mengubah tahap bantuan kayuhan, melihat tahap cas bateri, brek dan sistem lampu. Antara fungsi keselamatan yang disertakan ialah lampu pada bahagian hadapan, lampu brek dan lampu isyarat pada bahagian pemegang.

Basikal ini sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama Indiegogo dan boleh ditempah pada harga RM83287 sebuah.

Komen