Microsoft Memperlihatkan Logo Baru Pelayar Web Edge

Microsoft Memperlihatkan Logo Baru Pelayar Web Edge

Diterbitkan pada November 3, 2019 oleh .

Microsoft Edge merupakan pelayar web terbaru daripada Microsoft, yang menggantikan pelayar web Internet Explorer sebelum ini. Malah, Microsoft turut menggunakan enjin pelayar web Chromium pada pelayar web ini – sekaligus menawarkan pelbagai piawaian web terkini, disamping menawarkan kemaskini pantas untuk para pengguna melaluinya.

Microsoft Edge Logo

Terbaru, selepas sekian lama menggunakan logo yang menyerupai Internet Explorer sebelum ini, terbaru Microsoft hadir dengan rekaan logo yang serba baru untuk Microsoft Edge.

Logo baru ini disembunyikan melalui sebuah siri tekaria yang dikongsikan Microsoft, dan telah pun mula ditemui sejumlah pengguna dan pembangun seluruh dunia dengan menyelesaikan tekaria berkenaan.

Bagi anda sendiri, apa kata anda berkenaan rekaan logo baru Microsoft Edge ini?


TIPS & ULASAN