Digi pada 2017 yang lepas telah melancarkan dompet digital mereka tersendiri, dinamakan sebagai Vcash. Melaluinya, ia membolehkan pengguna membuat tambah-nilai, dan membayar dipelbagai kedai dengan hanya mengimbas kod QR yang disediakan.
Malah, sebelum ini pihak Kementerian Belia dan Sukan juga turut telah mengintegrasikan penggunaan Vcash di Menara KBS.
Walaubagaimanapun, dengan pelbagai syarikat yang bersaing antara satu sama lain dalam arena sama, kini Digi telah mengesahkan bakal menamatkan penawaran dompet digital mereka pada 30 November 2019 kelak.
Vcash telah berhenti menerima pendaftaran akaun baru, dan pengguna sedia ada dengan baki pada akaun Vcash mereka boleh memohon pulangan kembali wang mereka melalui laman khas yang disediakan.