Cari @ Amanz

Realme agak aktif dalam pengenalan peranti baru mereka akhir-akhir ini. Terbaru, mereka telah pun melancarkan Realme XT, dan menjadi persoalan ramai adalah berkenaan bilakah variasi Realme X2 Pro akan dilancarkan di Malaysia.

Untuk anda yang inginkannya, mungkin boleh nantikan sebulan dua lagi sebelum ia dilancarkan. Petanda awal kini telah mula kelihatan apabila peranti Realme X2 Pro dengan nombor model RMX1971 melepasi pengesahan Sirim.

Realme X20 Pro

Realme X2 Pro membawakan skrin 6.5-inci Super AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 855+, memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Ia turut dilengkapi empat kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel, selain kamera swafoto 16-megapixel. Menjananya juga adalah bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 50W SuperVOOC.

Realme X2 Pro

Buat masa ini, ia hanya sekadar pelepasan Sirim sahaja. Sekiranya pihak Realme melancarkan ia untuk pasaran Malaysia, maka berkemungkinan ia akan hadir sekitar Disember atau Januari kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd