OnePlus 6 dan OnePlus 6T dilancarkan pada tahun lepas. Ia adalah antara peranti OnePlus yang pada mulanya mendapat kritikan kerana pada OnePlus 6 ada port bicu audio, tetapi pada 6T ia telah dibuang. Alasan OnePlus pula adalah, OnePlus 6 untuk mereka yang masih belum bersedia ke teknologi baharu dan 6T adalah peranti masa depan mereka. Ketika itu, ia menjalankan sistem operasi OxygenOS 9 berasaskan Android Pie.
Kini, selepas lebih setahun peranti ini wujud di dunia ini – akhirnya kemaskini OxygenOS 10 berasaskan sistem operasi Android terbaru Android 10 telah mula diedarkan. Apa yang menariknya adalah, ia terus menggunakan tampalan sekuriti terkini bulan Oktober yang sama dengan peranti-peranti Pixel. Untuk senarai log perubahan, berikut adalah perkara baru dalam OxygenOS 10;
- Sistem
- Rekaan antaramuka baharu
- Permintaan kebenaran akses lokasi yang lebih baik untuk tujuan privasi
- Tetapan baharu untuk customization yang membenarkan pengguna mengubah ikon, tema, font dan banyak lagi
- Kawalan Gestur Penuh
- Seakan Android 10, tetapi dengan tatal ke kanan di bahagian kiri atas untuk akses menu sisi
- Game Space
- Hab permua yang digabungkan sekali dengan mod gaming
- Smart display
- Info pintar berasaskan masa, lokasi and acara untuk Ambient Display (Settings – Display – Ambient Display – Smart Display)
- Message
- Boleh menghalang mesej spam dengan mencari kata kunci sahaja
Kemaskini ini boleh dimuat turun secara OTA untuk OnePlus 6T. Tetapi untuk OnePlus 6, ia dihentikan seketika kerana pepijat pada pengimbas cap jari. Fail-fail kemaskini juga sudah boleh dimuat turun di laman web rasmi OnePlus, kecuali OnePlus 6.