Cari @ Amanz

PayNet sebelum ini telah sedia berkongsi berkenaan dengan DuitNow QR – iaitu piawaian pembayaran berasaskan QR yang akan diimplementasikan dan digunakan secara meluas oleh perbankan dan juga penyedia perkhidmatan dompet digital. Langkah ini akan membolehkan semua menggunakan hanya satu kod QR yang selari untuk pembayaran nirtunai.

DuitNow QR & Grab

Beberapa bank telah mula mengintegrasikan sokongan berkenaan, dan kini GrabPay menjadi antara yang terawal mengumumkan sokongan untuk piawaian DuitNow QR ini.

Dengan langkah ini, kelak pengguna boleh membuat pembayaran menggunakan imbasan kod DuitNow QR ini, selain untuk pekedai, mereka hanya perlu menggunakan satu kod QR sahaja dan tidak perlu memaparkan pelbagai kod QR berbeza mengikut jenis dompet digital.

Grab mengatakan mereka akan menyertakan sokongan DuitNow QR pada pertengahan pertama 2020 kelak pada aplikasi mereka.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd