Carian
Razer Mula Menjual Pad Tetikus Firefly V2 RGB – Pad Tetikus Yang Dikemaskini Dengan Lampu RGB Yang Lebih Terang
November 4, 2019 Nazrin

Bagi anda yang mementingkan gaya hidup “RGB Life” dimana semua komponen dan aksesori komputer anda dilengkapi dengan lampu warna-warni RGB, Razer baru sahaja memperkenalkan pad tetikus Firefly V2 RGB mereka yang dikemaskini dengan rekaan, ciri dan lampu RGB yang baru.

Rekaan pad tetikus Firefly V2 RGB ini tidak bertukar banyak berbanding dengan model sebelum ini, cuma kali ini, ia lebih nipis berbanding dengan pad tetikus sebelum ini. Dalam pada itu, ia juga hadir dengan 19 zon pencerahan RGB, berbanding dengan 15 pada model sebelum ini.

Dalam pada itu, Firefly V2 ini juga dilengkapi dengan LED baru yang lebih terang dan lebih tahan lama. Sama seperti model Firefly sebelum ini juga, permukaannya diperbuat daripada bahan polikarbonat keras yang bertekstur untuk pengesanan sensor yang lebih tepat.

Pad tetikus Razer Firefly V2 RGB ini sudah boleh dibeli di pasaran-pasaran terpilih pada harga $49.99 (~RM200).

Komen