Aplikasi Adobe Photoshop Untuk iPad Diterbitkan Lebih Awal Di App Store

Aplikasi Adobe Photoshop Untuk iPad Diterbitkan Lebih Awal Di App Store

Diterbitkan pada November 4, 2019 oleh .

Aplikasi Adobe Photoshop untuk iPad telah pun dinantikan ramai pengguna untuk sekian lama sejak ia diperlihatkan pada tahun lepas. Menariknya, kini aplikasi berkenaan telah pun diterbitkan di App Store, sekaligus membolehkan pengguna iPad untuk memuat-turun dan menggunakannya hari ini.

Adobe Photoshop iPad

Melalui Adobe Photoshop untuk iPad, ia membolehkan pengguna membuat penyuntingan menyeluruh – lebih kurang sama seperti pada komputer. Ia juga turut boleh membaca fail PSD menyeluruh tanpa masalah.

Adobe dijangka melancarkannya secara rasmi pada acara Adobe Max pada minggu ini – dimana mereka dijangka berkongsi lanjut berkaitan ciri yang dibawakan padanya.

Muat-Turun Adobe Photoshop untuk iPad


TIPS & ULASAN