Adobe Illustrator Untuk iPad Dijangka Hadir Pada Tahun 2020

Adobe Illustrator Untuk iPad Dijangka Hadir Pada Tahun 2020

Diterbitkan pada November 4, 2019 oleh .

Selain dari Adobe Photoshop khusus untuk iPad, satu lagi aplikasi dari Adobe yang mengambil pentas utama acara Adobe Max adalah Adobe Illustrator untuk iPad. Sama seperti Photoshop untuk iPad, ia akan hadir dengan kebolehan yang sama, seolah-olah Illustrator versi Desktop.

Dari segi paparan antaramuka dan fungsi, ia saling tidak tumpah seperti Illustrator, dan direka khusus untuk fungsi lukisan vektor pada peranti mudah alih. Ia juga mempunyai fungsi-fungsi memudahkan pengguna menyunting lakaran vektor, dan boleh beroperasi dengan pantas dan jitu.

Salah satu tarikan utama aplikasi ini adalah Snappy Pencil yang memudahkan pengguna untuk memilih vektor tersebut, atau menyambung lukisan vektor sedia ada. Satu lagi peralatan adalah Radial Repeat, memudahkan bentuk dilukis dengan lebih banyak.

Aplikasi ini hanya ditayangkan di Adobe Max, dan buat masa ini dijangka akan hadir kepada pengguna pada tahun hadapan namun pengguna boleh mendaftar akses beta untuknya.

Daftar: Akses beta Adobe Illustrator untuk iPad

 


TIPS & ULASAN