Cari @ Amanz

Kemaskini 6.15 petang : CIMBClicks kembali beroperasi seperti biasa.


CIMBClicks adalah perkhidmatan berasaskan web untuk perkhidmatan perbankan CIMB. Ia bertujuan untuk memudahkan pengguna untuk melakukan urusan perbankan harian. Walaubagaimanapun, sebaliknya berlaku hari ini apabila CIMB melakukan penyelengaraan pada perkhidmatan berkenaan – membuatkan orang ramai tidak boleh mengaksesnya.

CIMB Clicks

Melalui notis yang dipaparkan pada halaman rasminya, CIMB memperlihatkan proses penyelenggaraan akan selesai sekitar pukul 7.30 petang kelak.

Buat masa ini, mungkin anda perlu melihat kepada beberapa alternatif lain untuk urusan perbankan sementara hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd