Cari @ Amanz

Xiaomi CC9 Pro berkemungkinan akan mengubah trend peranti kelas pertengahan premium. Ini kerana peranti ini dilihat akan dijana Snapdragon 730G, bateri melebihi 5000mAh, lima kamera dan yang paling menarik – skrin melengkung hiperboloid. Sudah tentu ini jenama Xiaomi, jadi harganya pasti akan dalam lingkungan mampu milik.

Baru-baru ini di Weibo rasmi Xiaomi, mereka menerbitkan poster baharu yang memperlihatkan pengimbas cap jari bawah skrin jenis optikal mereka – adalah yang paling nipis setakat ini. Menurut mereka, sensitiviti menyahkunci juga bertambah baik. Apa-apa pun, jika dibandingkan antara optikal dan ultrasonik – ultrasonik adalah lebih baik. Tetapi optikal adalah lebih pantas. Kita hanya akan ketahui lanjut pada esok hari selepas peranti ini dilancarkan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd