Adobe Aero Dilancarkan Untuk iOS – Membolehkan Pengguna Mencipta AR Tersendiri

Adobe Aero Dilancarkan Untuk iOS – Membolehkan Pengguna Mencipta AR Tersendiri

Diterbitkan pada November 4, 2019 oleh .

Selepas setahun Project Aero yang membolehkan pengguna mencipta kandungan AR diumumkan dalam status percubaan beta tertutup, hari ini Adobe mengumumkan aplikasi Aero yang boleh digunakan semua pada acara mereka iaitu Adobe MAX.

Adobe Aero membolehkan pengguna mencipta kandungan AR tanpa perlu mengetahui asas-asas pengaturcaraan dan rekabentuk 3D. Umum mengetahui sekiranya pengguna ingin mencipta kandungan AR, sekurang-kurangnya mereka perlu mengetahui penggunaan enjin-enjin seperti Unity 3D dan pelbagai lagi.

Namun menggunakan Adobe Aero, mencipta kandungan AR semudah menggunakan gambar dan video yang sedia ada, ataupun menggunakan fail Photoshop yang telah direka dengan pelbagai Layers dan boleh berinteraktif dengan pengguna. Terdapat juga aset-aset 3D sedia ada yang membolehkan pengguna meletakkan aset tersebut kepada dunia realiti terimbuh, dan menetapkan arahan interaktiviti kepada objek tersebut.

Buat masa ini, Adobe Aero hanya tersedia untuk platform iOS dan pengguna boleh memuat-turun aplikasi percuma ini bermula hari ini. Adobe juga sedang giat membangunkan aplikasi ini untuk kegunaan desktop dan mungkin ia akan tersedia tidak lama lagi.

Muat-turun: Adobe Aero untuk iOS


TIPS & ULASAN