Photoshop Camera Diumumkan – Aplikasi Kamera Pintar Dari Adobe

Photoshop Camera Diumumkan – Aplikasi Kamera Pintar Dari Adobe

Diterbitkan pada November 4, 2019 oleh .

Banyak aplikasi kamera tersedia untuk peranti pintar. Aplikasi kamera yang popular seperti GCam, Meitu, VSCO, dan bermacam lagi boleh digunakan pengguna yang inginkan lebih kawalan dalam menghasilkan gambar yang menarik, atau kesan-kesan khas seperti membuang kesan penuaan.

Pada hari ini di Adobe MAX, mereka telah mengumumkan Photoshop Camera. Aplikasi ini membawakan fungsi kamera yang lebih pintar untuk pengguna, dikuasakan oleh kecerdasan buatan mereka iaitu Adobe Sensei.

Menggunakan kecerdasan buatan ini, Photoshop Camera dapat mengetahui jenis penggambaran tersebut, seperti portret, gambar alam fauna, dan mencadangkan kesan khas yang direka untuk suasana tersebut. Malah pengguna boleh memilih pelbagai kesan khas yang tersedia, yang boleh menaikkan warna atau menambah kesan seperti Pop Art.

Buat masa ini aplikasi ini tidak terdapat pada Google Play Store dan App Store namun jika anda berminat untuk mencuba aplikasi ini, anda boleh mendaftar untuk mendapatkan akses awal untuknya.

Daftar Minat: Adobe Photoshop Camera


TIPS & ULASAN