Cari @ Amanz

Setiap tahun Adobe akan mengadakan acara Adobe MAX yang menghimpunkan pelbagai karyawan digital di seluruh dunia. Ia juga menjadi acara tahunan untuk berkongsi kemaskini perisian mereka dan sebarang projek-projek terbaru mereka.

Selain dari pengumuman Adobe Photoshop Camera, Adobe Illustrator untuk iPad, Adobe Aero yang kini terdapat untuk iOS, dan juga Adobe Fresco untuk platform Windows, terdapat banyak kemaskini baru untuk Adobe Creative Cloud. Berikut merupakan kemaskini untuk setiap aplikasi yang terpilih.

Lightroom – Pengguna kini boleh mengakses tutorial sekiranya menggunakan Lightroom pada Desktop bagi mengetahui teknik terkini yang selalu dilakukan jurugambar professional. Terdapat fungsi baru iaitu Panorama Fill Edges, yang beroperasi sama seperti Content-Aware Fill bagi memenuhkan ruang tepi sesuatu gambar panorama.

After Effects – Kemaskini prestasi yang lebih pantas, termasuklah memainkan semula dari cached previes, dan juga fungsi Content-Aware fill yang lebih pantas walaupun menggunakan setengah memori RAM.

InDesign – Prestasi aplikasi ini ditambah baik dengan lebih pantas, dan kini turut menyokong SVG Imports yang terbaru. Pengguna juga boleh menggunakan fungsi Variable Fonts, dan juga penambaikan Asset Link yang memudahkan penciptaan kandungan percetakan dan digital.

Adobe XD – Jika anda kerap menggunakan Adobe XD, fungsi terbaru Live Coediting membolehkan pengguna berbeza untuk menyunting satu fail pada masa yang sama, membolehkan kolaborasi secara langsung berlaku. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, terdapat Document History untuk melihat versi terdahulu, dan boleh mengembalikan fail-fail pada keadaan yang diingini.


Selain dari kemaskini diatas, mereka juga telah merubah antaramuka Creative Cloud untuk Desktop yang kini turut mengintegrasikan perkhidmatan Adobe yang lain seperti Fonts, Stock, Behance dan juga pengurusan Creative Cloud Libraries. Malah sokongan Creative Cloud Libraries juga kini wujud dalam aplikasi Microsoft Word & PowerPoint, sekaligus memudahkan tugasan kerja pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd