Microsoft Edge Berasaskan Enjin Chromium Bakal Dilancarkan Pada 15 Januari 2020

Microsoft Edge Berasaskan Enjin Chromium Bakal Dilancarkan Pada 15 Januari 2020

Diterbitkan pada November 5, 2019 oleh .

Microsoft telah pun menguji pelayar web Edge berasaskan enjin Chromium sejak beberapa bulan yang lepas. Lanjutan daripadanya, kini Microsoft mengesahkan yang mana pelayar web berkenaan akan dilancarkan secara rasminya dibawah saluran stabil pada 15 Januari 2020 kelak.

Microsoft Edge

Pelayar web ini kelak akan menyokong sistem operasi Windows 10, macOS, Windows 8 dan juga Windows 7. Bersama-sama dengan pengumuman ini, pihak Microsoft turut memperkenalkan logo baru untuk pelayar web Edge – yang mana diperlihatkan apda penghujung minggu lepas.

Pelayar web ini juga dilihat akan mengintegrasikan sejumlah ciri-ciri menarik dan integrasi Bing dengan menyeluruh, selain kebolehan untuk menyelarikan penggunaan antara peranti.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya sebelum pelancaran rasmi, anda boleh memuat-turun versi beta dan pembangunan awal melalui laman rasmi Edge hari ini.


TIPS & ULASAN