Produktiviti Microsoft Jepun Meningkat 40% Selepas Memberi Cuti Tiga Hari Seminggu

Produktiviti Microsoft Jepun Meningkat 40% Selepas Memberi Cuti Tiga Hari Seminggu

Diterbitkan pada November 5, 2019 oleh .

Hanya sedekad yang lalu, adalah normal untuk bekerja lima setengah hari seminggu. Bagi pembaca Amanz yang masih muda belia, adalah normal untuk bekerja separuh hari pada hari Sabtu. Tetapi sungguhpun waktu pekerjaan sudah berkurangan, ramai merasakan terbeban dengan kerja kerana masih melakukan tugasan di luar waktu pejabat. Microsoft Jepun telah melakukan eksperimen bekerja hanya empat hari seminggu pada Ogos lalu dan kesannya terhadap produktiviti adalah mengejutkan,

Walaupun tempoh waktu bekerja berkurangan sehari, produktiviti di kalangan kakitangan meningkat 40%. Insiden pekerja mengambil cuti sakit pula menurun 25%. Selain peningkatan produktiviti, kos operasi juga berkurangan kerana penjimatan kuasa elektrik.

Walaupun eksperimen ini menunjukkan kejayaan dan menerima sokongan 92% kakitangan, Microsoft kembali ke waktu bekerja 5 hari seminggu selepas tamat tempoh ujian. Tetapi ia akan dikembalikan semula di masa hadapan bagi apabila dirasakan perlu.


TIPS & ULASAN