Cari @ Amanz

Pada hari ini terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan kemudahan perkongsian fail bersama yang lain, termasuk salah satu yang popular adalah WeTransfer. Pihak Dropbox dilihat turut tidak ingin ketinggalan dalam arena berkenaan, dan kini telah pun melancarkan Dropbox Transfer untuk semua pengguna.

Dropbox Transfer

Ciri ini telah diuji sejak beberapa bulan yang lepas. Melaluinya, pengguna boleh berkongsi sejumlah dokumen dan fail dengan mudah – menetapkan sebuah halaman khusus untuk perkongsian, selain menetapkan tarikh luput untuk perkongsian berkenaan.

Dropbox menawarkan kebolehan berkongsi fail sehingga 100MB untuk akaun percuma, sementara pengguna berbayar akan boleh menghantar fail bersaiz sehingga 100GB.

Bagi anda yang sering menghantar fail dan dokumen melalui web, dan memerlukan kemudahan untuk berkongsi fail bersaiz besar, mungkin boleh mencuba Dropbox Transfer ini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd