Cari @ Amanz

Aplikasi Microsoft Office Baru Gabungkan Word, Excel Dan PowerPoint Dalam Satu Aplikasi

Oleh Aman

Link Copied!

Aplikasi Word, Excel dan PowerPoint sedia ditawarkan secara berasingan kepada pengguna peranti mudah-alih Android dan iOS. Kini, dalam usaha memudahkan lagi para pengguna, Microsoft membuat perubahan, dan telah pun mengumumkan Microsoft Office yang mengabungkan semua ciri-ciri Word, Excel dan PowerPoint dalam satu aplikasi sama.

Office Android

Langkah ini sekaligus akan memudahkan lagi para pengguna untuk mengakses dokumen mereka, dan tidak perlu memasang multi-aplikasi untuk tujuan berkenaan. Secara tidak langsung, ini juga akan mengurangkan storan yang digunakan dalam peranti berkenaan.

Buat masa ini, Microsoft masih mengujinya pada Android dan iOS. Ia tidak diketahui lagi bilakah Microsoft akan melancarkan ia secara rasmi kepada semua pengguna seluruh dunia – tetapi langkah ini semestinya digemari ramai pengguna Office pada peranti mudah-alih.


Komen ()