Carian
Project Silica Ialah Projek Bukti Konsep Storan Menggunakan Kaca Oleh Microsoft
November 5, 2019 Nazrin

Daripada storan menggunakan pita magnetik, kepada cakera magnetik sehinggalah kepada storan flash, teknologi storan boleh boleh dikatakan diantara teknologi-teknologi yang berkembang paling pesat didalam jangkamasa beberapa dekad yang lalu.

Terkini, di acara Microsoft Ignite 2019 yang sedang berlangsung di Amerika Syarikat, Microsoft telah memperlihatkan Project Silica, iaitu bukti konsep storan yang menggunakan kaca kuartz untuk menyimpan data secara banyak, dan mampu tahan lama.

Sebuah storan Project Silica ini bersaiz 75 x 75 x 25mm dan mampu menampung storan sebanyak 75.6GB. Lebih menarik lagi, Microsoft juga telah menguji storan ini dengan beberapa ujian ketahanan seperti rendaman didalam air panas, calaran dan sebagainya, dan storan ini dapat menahan ujian-ujian tersebut tanpa masalah.

Microsoft turut bekerjasama dengan Warner Brothers untuk menyimpan salinan filem Superman: The Movie yang ditayangkan pada tahun 1978 untuk menguji kebolehan penyimpanan data.

Storan Project Silica ini dicipta oleh Microsoft untuk tujuan penyimpanan jangkamasa panjang (cold storage) dan juga untuk sistem pengkalan data Azure mereka supaya data yang disimpan tidak dimamah usia akibat atrofi dan degradasi storan fizikal.

Komen