Cari @ Amanz

Di sidang Dewan Rakyat hari ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengesahkan bahawa Kementerian Pengangkutan Malaysia akan mula membenarkan syarikat-syarikat seru-motor (Bike Hailing) memulakan ujian rintis perkhidmatan tersebut di Malaysia bermula bulan Januari tahun hadapan.

Perkhidmatan-perkhidmatan seru motor boleh meminta kepada Kementerian Pengangkutan untuk memasuki ujian rintis ini untuk mengumpul data, menilai tahap permintaan dan tahap penerimaan pengguna.

Anthony Loke turut berkata bahawa syarikat-syarikat yang ingin memasuki ujian rintis seru motor ini juga perlu menuruti beberapa syarat-syarat, termasuklah:

  • Lokasi yang dibenarkan adalah Lembah Kelang. Lokasi tambahan akan dipertimbangkan jika terdapat permintaan yang tinggi
  • Penunggang mestilah mempunyai lesen menunggang motorsikal yang penuh dan berumur 18 tahun keatas
  • Hanya satu penumpang dibenarkan untuk dibawa pada satu-satu masa. Umur penumpang juga harus sekurang-kurangnya 18 tahun keatas.
  • Penunggang seru-motor harus mempunyai penanda yang jelas pada pakaian ataupun motorsikal
  •  Penunggang harus mengikuti undang-undang jalanraya

Menurut beliau, jangkamasa ujian rintis ini akan bermula pada bulan Januari tahun 2020, dan akan dijalankan selama enam bulan. Buat masa ini, pihak Kementerian Pengangkutan, bersama-sama dengan APAD dan JPJ sedang memperincikan undang-undang dan tatacara yang perlu diikuti oleh syarikat-syarikat seru-motor ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd