Android Auto adalah aplikasi yang menjadikan telefon pintar pengguna kepada mod memandu atau seakan inforia, bagi mereka yang tidak memiliki sistem inforia dalam kenderaan. Akan tetapi, Google telah membuat keputusan untuk menamatkan aplikasi ini kerana Android 10 (Android asli) sudah hadir dengan aplikasi ini secara terbina.
Sebagai alternatif, Google telah hadir dengan “Android Auto for phone screens”. Ia bukannya aplikasi Android Auto dengan Google Assistant seperti yang diperlihatkan pada Mei lepas. Tetapi hanyalah aplikasi Android Auto yang lama dijenamakan semula sahaja. Tidak semua peranti boleh menggunakan aplikasi ini, hanya pengguna dengan peranti Android 10 sahaja yang boleh. Ini kerana ia berfungsi sebagai ikon pintas Android Auto untuk mudah dilihat pada talam aplikasi atau pelancar.