Cari @ Amanz

Focus Mod adalah seperti fungsi ‘Zen mode yang OnePlus kenalkan – cuma versi Google adalah lebih ringan. Ia diintegrasikan dalam Digital Wellbeing pada bulan Ogos lepas. Dengan mengaktifkan ‘Focus mode’, pengguna langsung tidak boleh membuka aplikasi tersebut sehinggalah ia dimatikan.

Terkini, Focus Mode telah dikemaskini lagi dengan kemampuan dijadualkan. Sebelum ini, apabila Focus Mode diaktifkan pengguna langsung tidak boleh menggunakan sesuatu aplikasi selagi mod ini tidak dimatikan. Dengan kemampuan membuat jadual, sesuatu aplikasi itu hanya tidak boleh diakses mengikut jadual yang pengguna tetapkan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd