Carian
Samsung PlayGalaxy Link Kini Boleh Digunakan Pada Galaxy S10
November 5, 2019 Effi Saharudin

Menerusi Samsung PlayGalaxy Link, permainan komputer boleh distrim pada peranti Galaxy Note 10. Ini adalah fungsi eksklusif pada peranti mercu ini dan kini akhirnya diberikan kepada Galaxy S10, S10+, S10e, dan S10 5G menerusi sebuah kemas kini baharu.

Melalui PlayGalaxy Link, ia menggunakan rangkaian WiFi atau selular untuk membolehkan PC berhubung ke peranti mudah-alih anda, dan seterusnya membolehkan anda strim permainan ke peranti mudah-alih. Ia ditawarkan secara percuma, dan anda perlu mempunyai permainan berkaitan pada PC anda untuk memainkannya.

Selain itu terdapat sokongan pengawal permainan bluetooth. Bagi mengaktifkan fungsi ini anda juga perlu memuat turun apliasi PlayGalaxy pada komputer Windows 10 anda terlebih dahulu.

Komen