Cari @ Amanz

Sekiranya pereka grafik profesional, skrin komputer yang baik akan memastikan karya yang dihasilkan secara digital sama dengan yang dicetak. Di acara Adobe Max hari ini, Dell telah melancarkan monitor 4K baharu yang bukan sahaja menyokong 100% warna Adobe RGB tetapi juga hadir dengan kalorimeter terbina.

Dengan kalorimeter ini, warna yang dipaparkan pada skrin akan sentiasa ditala dengan tepat. Dell UltraSharp 27 4K PremierColor Monitor adalah sebesar 27″ dari keluarga IPS LCD. Keterangan maksimum walau bagaimanapun hanya sekadar 250 nits. Kalorimeter tersimpan kemas pada bahagian dagu skrin dan boleh dikeluarkan apabila diperlukan.

Selain Adobe RGB, skrin turut boleh memaparkan 98% warna DCI-P3 dan 80% warna BT2020. Ia menyokong sambungan Thunderbolt 3 USB-C yang membekalkan kuasa 90W.  Bagi yang berminat Dell UltraSharp 27 4K PremierColor Monitor akan dijual bermula Januari pada harga $2000 (~RM8263).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd