Pixel & Pixel XL Tidak Lagi Menerima Kemaskini Bulanan

Pixel & Pixel XL Tidak Lagi Menerima Kemaskini Bulanan

Diterbitkan pada November 5, 2019 oleh .

Google Pixel dan Pixel XL adalah peranti pertama yang Google menggunakan jenama mereka sendiri. Ia dihasilkan oleh pasukan Made by Google dan bekerjasama bersama HTC dan juga LG. Peranti ini adalah seakan Apple dengan iPhone dan iOS, tetapi ia adalah versi Android. Peranti yang mahal, spesifikasi yang biasa-biasa sahaja – tetapi ada keistimewaannya tersendiri.

Seperti biasa, Google menjanjikan kemaskini sistem Android baharu untuk 2 tahun dan 3 tahun untuk kemaskini tampalan sekuriti bulanan. Sudah bulan November, ini bermakna umur Pixel dan Pixel Xl yang dilancarkan pada Oktober 2016 sudah berusia 3 tahun 1 bulan. Minggu ini Google telah mengedarkan kemaskini tampalan sekuriti bulanan kepada Pixel 2, Pixel 3, Pixel 3a dan Pixel 4 versi November 2019. Duka cita dimaklumkan yang Pixel dan Pixel XL tidak lagi menerima kemaskini ini. Ini bermakna Google berpegang dengan kata-kata mereka.

Tetapi syukur, kemaskini Android 10 diterima. Cuma tampalan sekuritinya sahaja sudah tidak lagi diedarkan.


TIPS & ULASAN