Youtube Premium Dan YouTube Music Kini Ditawarkan Di Malaysia – Bermula RM14.90 Sebulan

Youtube Premium Dan YouTube Music Kini Ditawarkan Di Malaysia – Bermula RM14.90 Sebulan

Diterbitkan pada November 6, 2019 oleh .

Dua perkhidmatan penstriman berbayar YouTube Premium dan YouTube Music kini dilancarkan secara rasmi kepada pengguna di Malaysia. Menerusi perkhidmatan ini pengguna boleh menonton video dan menstrim muzik YouTube tanpa sebarang iklan.

Di Malaysia ia ditawarkan pada harga RM14.90 sebulan hanya untuk YouTube Music Premium dan RM17.90 pula untuk YouTube Premium. Pengguna boleh memuat turun video dan muzik tanpa had sekiranya menggunakan kedua-dua perkhidmatan ini. Keunikan YouTube Music terletak pada enjin carian Google yang membolehkan lagu dicari dengan hanya meletakkan lirik atau soalan seperti “Song from Death Stranding trailer” misalnya. Seperkara lagi pengguna boleh bertukar-tukar dari menstrim muzik terus ke menonton video tanpa perlu berhenti.

Bagi yang berkeluarga, pakej keluarga turut ditawarkan pada harga RM22.90 sebulan untuk YouTube Music dan RM26.90 untuk YouTube Premium. Ia membenarkan sehingga lima pengguna menggunakan satu akaun. Pakej khusus untuk golongan pelajar pula akan diumumkan pada 15 November hadapan.  Selain Malaysia, perkhidmatan ini juga ditawarkan di Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Hong Kong dan Taiwan.

Berita baik bagi pemilik Samsung Galaxy S10, Note 10, Tab S6 dan Tab S5E, anda akan menerima langganan percuma YouTube Premium selama empat bulan. Untuk maklumat lebih lanjut sila ke laman Youtube Music menerusi pautan di bawah.

Muat turun YouTube Music dari Google Play Store

Muat turun YouTube Music dari Apple App Store


TIPS & ULASAN