Cari @ Amanz

Peranti Oppo dan Realme menggunakan pelancar ColorOS yang mempunyai rekaan antaramuka tersendiri. Pada 20 November ini, ColorOS 7 akan diperlihatkan di sebuah acara khas di China. Ini ialah pelancar terkini yang  berasaskan Android 10.

Pada hari yang sama Realme akan mengadakan acara pelancaran X2 Pro di India. Adalah dipercayai ColorOS 7 untuk Realme akan diperlihatkan pula di acara ini. Walaupun Realme dan Oppo mengguna ColorOS, adalah dipercayai ColorOS 7 versi Realme akan lebih kelihatan seperti Android asli. Dari imeh acah yang dikongsi, ia memberikan petunjuk pelancar ini akan memberikan fungsi menarik untuk permua dan multimedia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd