Perkhidmatan Aplikasi CIMBClicks Terganggu Lagi – Tidak Boleh Diakses Sehingga 4 Petang

Perkhidmatan Aplikasi CIMBClicks Terganggu Lagi – Tidak Boleh Diakses Sehingga 4 Petang

Diterbitkan pada November 6, 2019 oleh .

Nampaknya perkhidmatan aplikasi mudah alih CIMBClicks sekali lagi mengalami gangguan hari ini. Ini merupakan gangguan perkhidmatan yang ketiga dalam masa seminggu. Sebelum ini gangguan berlaku pada hari Ahad dan terakhir pada Isnin lalu. Gangguan hari ini sekali lagi berlaku kerana sistem sedang menjalani proses selenggara.

Gangguan perkhidmatan akan berlaku dari jam 11.54 pagi sehingga 4 petang. Sekiranya anda perlu melakukan sebarang perbankan atas talian CIMBClicks, anda masih boleh mengaksesnya menerusi laman web sahaja pada waktu ini. Kesemua gangguan yang berlaku amat menyusahkan pengguna dan adalah sukar untuk dimaafkan kerana aplikasi perbankan kini amat perlu pada peranti pintar.


TIPS & ULASAN