Cari @ Amanz

Deman campak (measles) menyebabkan kematian 100,000 kanak-kanak pada tahun 2017. Jumlah pesakit campak semakin meningkat sejak kebelakangan ini kerana gerakan anti-vaksin yang mendakwa vaksin MMR menyebabkan autisme walaupun ia jelas terbukti palsu. Kini kajian terkini yang dilakukan ke atas penganut agama Kristian ortodoks Belanda membuktikan demam campak mendatangkan kesan negatif kepada sistem imunisasi sehingga lima tahun.

Kumpulan penganut Kristian ortodoks Belanda tidak percaya dengan kebaikan vaksinasi. Sampel darah dari 77 kanak-kanak komuniti Kristian ortodoks ini diambil dan antibodi yang wujud direkodkan. Selepas mereka diserang demam campak sampel darah diambil sekali lagi dan antibodi direkodkan. Kajian mendapati pasca demam campak, jumlah antibodi berkurangan di antara 11-73%.

Kanak-kanak ini perlu membina semula antibodi bagi mempertahankan tubuh dari serangan penyakit. Proses membina semula pertahanan tubuh ini boleh mengambil masa sehingga lima tahun. Ini menjawab persoalan sebuah kajian terdahulu yang mendapati kanak-kanak yang pernah diserang campak mempunyai kebarangkalian lebih tinggi menghidap penyakit lain. Serangan berangkai kerana sistem imun tubuh yang lemah kemudiannya menyebabkan kematian. Kajian terkini yang telah diterbitkan di dalam jurnal Science.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd