Redmi Note 8T Diperkenalkan Dengan Snapdragon 665, Kamera 48MP, NFC

Redmi Note 8T Diperkenalkan Dengan Snapdragon 665, Kamera 48MP, NFC

Diterbitkan pada November 6, 2019 oleh .

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar dibawah siri Redmi Note, iaitu Redmi Note 8T. Peranti ini diumumkan untuk pasaran Eropah, dimana ia hadir dengan penawaran lebih kurang sama seperti Redmi Note 8 sebelum ini, tetapi dengan penambahan sokongan NFC.

Redmi Note 8T

Redmi Note 8T hadir dengan skrin 6.39-inci FHD+, dijana cip Snapdragon 665, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia menggunakan sokongan empat-kamera belakang dengan sensor utama 48MP, sensor 8MP untuk rakaman ultra-lebar, sensor 2MP untuk depth, dan 2MP untuk rakaman makro.

Redmi Note 8T

Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera 13-megapixel bersama-sama dengannya. Ciri lain yang disertakan adalah termasuk bicu audio 3.5mm, sokongan sensor IR, bateri 4000mAh, dan juga sokongan NFC.

Buat masa ini, Redmi Note 8T ini hanya diumumkan untuk pasaran Eropah sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperluaskan ke pasaran negara-negara lain.

Redmi Note 8T


TIPS & ULASAN