Xiaomi Mi Note 10 Dilancarkan – Variasi Mi CC9 Pro Untuk Pasaran Global

Xiaomi Mi Note 10 Dilancarkan – Variasi Mi CC9 Pro Untuk Pasaran Global

Diterbitkan pada November 6, 2019 oleh .

Xiaomi hari ini telah melancarkan Redmi Note 8T, dan bersama-sama dengannya juga, mereka telah melancarkan Mi Note 10 secara rasminya. Seperti jangkaan awal, ia adalah variasi peranti Mi CC9 Pro tetapi ditujukan untuk pasaran global.

Xiaomi Mi Note 10

Xiaomi Mi Note 10 hadir dengan skrin 6.47-inci FHD+ menggunakan skrin AMOLED, menggunakan cip Snapdragon 730G, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB, dan menggunakan bateri berkapasiti 5260mAh.

Untuk bahagian kamera, ia menggunakan kamera 108MP sebagai kamera utama pada bahagian belakang, tetapi turut dilengkapi dengan empat sensor tambahan lain iaitu sensor 12MP untuk potrait, 5MP telefoto dengan sokongan zum digital sehingga 50x, 2MP makro, dan 20MP ultra-lebar.

Xiaomi Mi Note 10

Xiaomi turut mengintegrasikan pelbagai teknologi lain padanya, termasuk sokongan pengimbas cap jari pada skrin, sokongan NFC, dan juga sokongan bicu audio 3.5mm padanya.

Buat masa ini, peranti ini telah pun melepasi pengesahan Sirim di Malaysia. Ia tidak diketahui lagi bilakah Xiaomi Malaysia akan melancarkannya secara rasmi di Malaysia.

Xiaomi Mi Note 10


TIPS & ULASAN