Xerox Dilaporkan Sedang Mempertimbangkan Untuk Mengambil-Alih HP
HP

Xerox Dilaporkan Sedang Mempertimbangkan Untuk Mengambil-Alih HP

Diterbitkan pada November 6, 2019 oleh .

HP adalah salah satu syarikat yang terkenal dengan penawaran komputer dan juga pencetak. Terbaru, ia diperkatakan yang mana Xerox yang popular dengan penawaran percetakkan berminat untuk mengambil-alih syarikat HP.

Ia agak menarik untuk melihat kedua-dua jenama ini bersatu, dan menariknya lagi, Xerox bernilai sekitar $8 bilion dilihat ingin mengambil-alih HP yang bernilai $27 bilion. Menurut WSJ, pengabungan kedua-dua syarikat ini akan menjimatkan perbelanjaan sekitar $2 bilion – selain pada masa yang sama lebih menghidupkan kedua-dua jenama popular ini.

Buat masa ini, kedua-dua syarikat tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan laporan baru ini. Xerox dijangka akan menerima sekitar $2.3 bilion hasil penjualan pegangan mereka pada Fujifilm Xerox yang telah diumumkan pada awal minggu ini.


TIPS & ULASAN