Leica SL2 Dilancarkan Dengan Sensor 47.3 Megapixel Dan Kemampuan Kalis Air

Leica SL2 Dilancarkan Dengan Sensor 47.3 Megapixel Dan Kemampuan Kalis Air

Diterbitkan pada November 7, 2019 oleh .

Leica SL2 telah dilancarkan hari ini sebagai model kemaskini kepada Leica SL yang dilancarkan empat tahun yang lalu. Rekabentuk luaran tidak banyak berbeza dengan SL asal. Kali ini tubuh diperbuat daripada logam magnesium dan aluminium. Perubahan sebenar dilakukan pada komponen dalaman.

SL2 dilengkapi sensor 47.3-Megapixel CMOS bingkai penuh atau 20.2-Megapixel dalam mod APS-C yang menyokong lensa L Mount. Terdapat sistem penstabilan IBIS 5 paksi serta cip pengimejan Maestro III. Kamera boleh mengambil sehingga 10 bingkai sesaat dan kemampuan video pula ialah 4K 60FPS. Dalam mod FHD pula ia boleh melakukan rakaman sehingga 180 FPS.

Kamera ini turut akhirnya mempunyai kemampuan kalis air yang melepasi piawaian IP54. Pada bahagian belakang terdapat EVF dengan resolusi 5.76 Megapixels dan panel LCD sesentuh sebesar 3.2-inci. Leica SL2 akan mula dijual bermula 21 November pada harga bermula $5,995 (~RM24,846) tanpa lensa.


TIPS & ULASAN