Chromebook Akan Datang Turut Akan Menyokong Ambient EQ

Chromebook Akan Datang Turut Akan Menyokong Ambient EQ

Diterbitkan pada November 7, 2019 oleh .

Ambient EQ adalah jawapan Google kepada Apple True Tone. Ia adalah fungsi automatik mengawal kecerahan skrin peranti mengikut keadaan cahaya sekeliling. Ia turut akan mengubah suhu warna pada skrin peranti. Ambient EQ buat pertama kali diperkenalkan pada peranti berhubung Google Home Hub (kini Nest Hub) dan kemudiannya dibawa pada Pixel 4 dan 4XL.

Kelak di masa akan datang, Chromebook juga akan menyokong Ambient EQ ini. Ini adalah satu perkara yang menarik, kerana tidak ada lagi fungsi seakan ini pada komputer riba kecuali Macbook. Tidak pasti adakah ia akan terhad kepada Chromebook oleh Google seperti Pixelbook, atau pengeluar boleh sahaja mengimplementasikannya pada mana-mana jenis Chromebook. Ambient EQ ini berfungsi menggunakan sensor ambient dan juga kecerdasan buatan. Apa-apa pun, mari kita nantikan Chromebook mana yang akan hadir dengan fungsi ini terlebih dahulu.


TIPS & ULASAN