Seagate Dikatakan Akan Memperlihatkan Cakera Keras Dengan Storan Sebesar 50TB Menjelang 2026

Seagate Dikatakan Akan Memperlihatkan Cakera Keras Dengan Storan Sebesar 50TB Menjelang 2026

Diterbitkan pada November 7, 2019 oleh .

Seagate adalah salah satu daripada pembuat cakera keras yang terkenal, dengan pilihan storan digital untuk pelbagai jenis penggunaan. Tidak kira anda pengguna biasa, ataupun pengendali sistem mesin pelayan yang memerlukan storan besar untuk menyimpan banyak data.

Terkini, Seagate dilaporkan telah menunjukkan peta jalan syarikat tersebut, dan nampaknya mereka akan terus membina storan cakera keras dengan saiz storan yang semakin besar.

Pada tahun 2020, syarikat tersebut dijangka akan hadir dengan beberapa model cakera keras dengan storan sebesar 18TB, 20TB dan 20+TB yang menggunakan teknologi Conventional Magnetic Recording dan Shingled Magnetic Recording yang digunakan oleh banyak pembina cakera keras sebelum ini.

Lebih menarik lagi, Seagate turut mengumumkan bahawa mereka akan hadir dengan cakera keras dengan storan sebesar 50TB menjelang 2026 kelak menggunakan teknologi pembacaan storan HAMR (Heat Assisted Magnetic Recording) mereka sendiri, yang digunakan didalam beberapa storan cakera keras mereka.


TIPS & ULASAN