Razer Basilisk Ultimate Dan X HyperSpeed Dilancarkan Dengan Bateri Bertahan Sehingga 450 Jam

Razer Basilisk Ultimate Dan X HyperSpeed Dilancarkan Dengan Bateri Bertahan Sehingga 450 Jam

Diterbitkan pada November 7, 2019 oleh .

Teknologi tetikus nirwayar semakin baik bagi mengurangkan masa pendam ketika digunakan dan hayat bateri. Hari ini ini Razer melancarkan dua tetikus baharu dengan teknologi HyperSpeed yang menurut mereka 25% lebih pantas berbanding teknologi nirwayar pada tetikus lain.

Razer Basilisk Ultimate hadir dengan sensor dengan kepekaan sehingga 20,000 DPI dan pecutan sehingga 650 inci sesaat. Butang klik menggunakan sensor optikal Razer yang boleh bertahan sehingga 70 juta klik. Sementara itu pada bahagian tubuh ia dilengkapi 11 butang yag boleh diprogramkan untuk pelbagai permainan. Ini kemudian boleh disimpan di dalam lima profil berbeza di dalam tetikus.

Sokongan Razer Chroma di 14 zon berbeza turut diberikan dengan 16.8 juta warna. Dengan sekali caj, bateri Basilik Ultimate boleh bertahan sehingga 100 jam. Ia kemudian boleh dicaj semula pada sebuah dermaga khas. Sambungan berwayar masih boleh dilakukan menggunakan wayar sepanjang 2 meter yang disertakan.

Razer Basilisk X HyperSpeed pula model yang lebih mampu milik dengan sensor berkepekaan 16,000 DPI dan pecutan sehingga 450 inci sesaat sahaja. Tiada sokongan lampu Razer Chroma tetapi ia membolehkan bateri bertahan sehingga 450 jam dengan sekali caj. Dua mod tambahan disokong iaitu HyperSpeed atau bluetooth. Enam butang boleh diprogramkan untuk permainan berbeza. Tidak seperti Basilik Ultimate, Basilisk X HyperSpeed nampaknya tidak mempunyai sokongan sambungan secara berwayar.

Razer Basilik Ultimate dijual pada harga $150 (~RM622) sebuah dan $170 (~RM704) dengan dermaga pengecas khas. Razer Basilik X Hypersepeed pula dijual pada gara $60 (~RM249) sebuah.


TIPS & ULASAN