Cari @ Amanz

Dron padat DJI Mavic Mini dilancarkan secara rasmi minggu lalu. Ia adalah dron yang hanya sebesar telapak tangan apabila disimpan dengan berat 249 gram. Bagi peminat dron di Malaysia. DJI Mavic Mini tekah dilancarkan untuk pasaran tempatan hari ini dengan sasaran jualan pertengahan bulan ini.

Ia dilengkapi kamera sebesar 12-Megapixel dengan sensor 1/2.3″ dipadankan dengan lensa 24mm f/2.8. Kemampuan merakam video ialah sehingga 2720×1530 pixel 30FPS atau 1080P 60FPS. Dengan bateri sebesar 2400 mAh, masa penerbangan sehingga 30 minit boleh dicapai. Pada waktu yang sama jarak kawalan alat jauh pula adalah sehingga 4 kilometer.

Di Malaysia DJI Mavic MIni dijual pada harga RM1599 untuk kit asas dan RM 1999 untuk kita lengkap dengan bateri, kipas, pelindung kipas dan hab pengecas tambahan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd