Snapchat Memperkenalkan Ciri 3D Paint Untuk Menconteng Muka Melalui Realiti Terimbuh Untuk Pengguna iOS

Snapchat Memperkenalkan Ciri 3D Paint Untuk Menconteng Muka Melalui Realiti Terimbuh Untuk Pengguna iOS

Diterbitkan pada November 7, 2019 oleh .

Snapchat ialah sebuah aplikasi kamera dan permesejan yang cukup popular dikalangan orang muda kerana penuras-penurasnya yang cukup menarik.

Baru-baru ini, Snapchat telah mengumumkan kehadiran sebuah ciri baru yang membolehkan pengguna untuk melukis corak-corak pada muka mereka menggunakan teknologi realiti terimbuh (augmented reality).

Ciri tersebut dinamakan 3D Paint, dan adalah sebahagian daripada ciri AR Bar yang boleh diakses dari bahagian bawah aplikasi Snapchat. Menggunakan ciri 3D Paint ini, pengguna boleh melukis corak-corak di muka mereka menggunakan kamera selfie dan secara langsung mencipta pelekat digital yang unik dan boleh diposkan kepada platform Snapchat.

Lebih menarik lagi, lukisan-lukisan realiti terimbuh ini adalah interaktif, dan akan bergerak mengikut pergerakan muka pengguna apabila lukisan tersebut sudah siap.

Buat masa ini, ciri 3D Paint ini hadir untuk pengguna peranti iPhone dengan sistem operasi iOS 8 keatas. Kemaskini untuk pengguna peranti Android dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN