Cari @ Amanz

Pada bulan lepas, kami telah melaporkan yang Pixel 4 dan Pixel 4 XL tidak boleh menggunakan skrin kadar segar semula 90Hz pada empat aplikasi Google Map, Waze, Pokemon Go dan WeChat. Untuk WeChat ia tidak menyokong skrin 90Hz kerana aplikasi tidak stabil apabila mod ini digunakan padanya.

Terkini, WeChat telah mengemaskini aplikasi mereka menjadi lebih stabil. Jadi, pengguna-pengguna WeChat yang menggunakan peranti Pixel 4 atau Pixel 4 Xl – boleh merasakan pengalaman tatalan lancar dan pantas 90Hz. Aplikasi WeChat ini adalah versi 7.0.8, tetapi pengguna tidak boleh menggunakannya lagi kerana di Play Store masih lagi versi 7.0.5. Kemudian, Google masih perlu kemaskini kembali Pixel 4 untuk membenarkan kembali WeChat boleh berfungsi dengan mod 90Hz aktif.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd