Cari @ Amanz

iQOO adalah sub-jenama Vivo yang memfokuskan peranti gaming. Ia hadir dengan spesifikasi yang hebat dan menjualnya pada harga yang amat berbaloi untuk dimiliki. Salah satu peranti paling premium iQOO adalah iQOO Pro 5G.

Sempena ulang tahun Batman memasuki komik Detective Comics #27 edition (1939), Vivo menyambut ulang tahun ini dengan melancarkan peranti bertemakan Batman – iQOO Pro 5G Batman Edition. Kotak bungkusan peranti adalah premium, bertemakan logo Batman dengan Gotham City di dalamnya dan beberapa elemen komik Batman yang lain. Kemudian di dalam kotak, terdapat kerangka pelindung khas dan beg tote dengan corak logo Batman. Selain itu, iQOO turut menyediakan tumbler berbentuk alat kawalan Batman, aksi figura Batman dan akhir sekali cagak untuk mendirikan peranti.

iQOO Pro 5G Batman Edition ini sama sahaja dengan variasi biasa sahaja. Ia adalah dari model berwarna hitam dengan variasi storan 8/128 GB. Skrin adalah 6.41-inci, Snapdragon 855+, UFS 3.0, kamera 48MP + 13MP + 2MP, bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 44W dan sokongan rangkaian 5G. Harga jualan adalah 3798 RMB, iaitu sekitar RM2250.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd