Siri CPU AMD Ryzen Threadripper Generasi Ketiga Kini Rasmi – Akan Tiba Di Pasaran Pada 25 November
AMD

Siri CPU AMD Ryzen Threadripper Generasi Ketiga Kini Rasmi – Akan Tiba Di Pasaran Pada 25 November

Diterbitkan pada November 7, 2019 oleh .

Siri cip pemprosesan komputer AMD Ryzen Threadripper generasi ketiga adalah CPU HEDT (High End Desktop) yang ditunggu-tunggu oleh para pembina komputer sejak ia diperlihatkan tidak lama selepas siri CPU AMD Ryzen generasi ketiga.

Siri CPU AMD Ryzen Threadripper generasi ketiga ini terdiri daripada AMD Ryzen Threadripper 3960X dan juga AMD Ryzen Threadripper 3970X dimana mereka masing-masing mempunyai 24 dan 32 teras fizikal dan 48 dan 64 bebenang kuasa.

Threadripper 3960X mempunyai kelajuan asas 3,8GHz, manakala Threadripper 3970X mempunyai kelajuan asas 3,7GHz, Dari segi kelajuan Boost Clock pula, kedua-dua CPU ini boleh digerakkan sehingga 4,5GHz.

Seperti yang dijangkakan, siri CPU Threadripper generasi ketiga ini menggunakan cipset TRX40 yang mempunyai 72 jalur PCIe4.0 dan mampu menyokong sehingga 12 palam SuperSpeed USB 3,2 10Gbps.

Kedua-dua CPU ini perlu menggunakan papan induk terbaru AMD yang dinamakan sTRX4. Oleh kerana pelbagai ciri-ciri baru yang diperkenalkan pada siri CPU ini, ia tidak akan serasi dengan papan-papan induk siri Threadripper sebelum ini.

Kedua-dua CPU ini akan tiba di pasaran global pada 25 November kelak, dimana CPU Ryzen Threadripper 3960X akan dijual pada harga $1399 (~RM5680), manakala Ryzen Threadripper 3970X akan dijual pada harga $1999 (~RM8244).


TIPS & ULASAN