Carian
Disney+ Bakal Tiba Di Beberapa Negara Eropah Pada 31 Mac 2020
November 8, 2019 Nazrin

12 November adalah tarikh keramat apabila perkhidmatan penstriman Disney+ akan tiba di beberapa negara, termasuklah Amerika Syarikat, Kanada, Netherlands, Australia dan New Zealand.

Sejak pengumumannya beberapa bulan yang lalu, tiada berita yang diumumkan mengenai kehadiran di pasaran-pasaran lain, tetapi melalui sebuah kicauan oleh akaun Twitter Disney+, pihak Disney nampaknya telah mengumumkan beberapa negara tambahan yang akan boleh mengakses perkhidmatan tersebut.

Negara-negara tersebut ialah United Kingdom, Jerman, Itali, Sepanyol, dan mereka akan boleh mengakses Disney+ pada 31 Mac 2020. Kicauan tersebut turut menyatakan bahawa negara-negara tambahan akan diumumkan lebih dekat kepada tarikh pelancaran di negara-negara ini.

Disney turut mengatakan bahawa tajuk-tajuk yang boleh diakses di negara-negara ini mungkin berbeza daripada negara-negara lain, mungkin kerana isu perlesenan.

Buat masa ini, Disney masih belum mengumumkan bilakah negara-negara di rantau Asia akan boleh mengakses perkhidmatan Disney+ ini.

Komen