Cari @ Amanz

Syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad, ataupun MAHB nampaknya dilihat mahu merombak-semula banyak sistem-sistem digital mereka, selepas ia diketahui bahawa KLIA dan KLIA 2 menggunakan Suis Teras Rangkaian (Network Core Switch) yang tidak dikemaskini dari 1998 sehinggalah sekarang.

Buat masa ini, sistem yang digunakan boleh dikatakan cukup pantas, apabila ia boleh digunakan. Pengguna hanya perlu mengimbas muka utama paspot dan kemudiannya mengimbas muka apabila mereka masuk kedalam kawasan mesin pengimbas.

Terkini, melalui kicauan akaun Twitter MAHB, nampaknya sistem pengimbasan paspot akan dinaiktarafkan sekali lagi dimana pengguna akan hanya perlu mengimbas muka untuk masuk ke kawasan perlepasan penerbangan.

Buat masa ini ia tidak pasti jika ini adalah sebahagian daripada kemaskini sistem IT yang sering membelenggu lapangan terbang KLIA dan KLIA 2, tetapi mereka juga mengatakan bahawa butiran lanjut akan diberitahu tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd